Khamis, 9 Oktober 2008

Kerajaan Maritim

1.Kerajaan maritim terletak di persisiran pantai dan masyarakatnya menjalankan kegiatan
yang berkaitan dengan laut seperti perdagangan.
2.Sungai dan laut dijadikan sebagai sistem perhubungan utama
3.Keadaan ini menyebabkan munculnya pelabuhan-pelabuhan yang berfungsi dalam
kegiatan perdagangan
4.Pelabuhan-pelabuhan kerajaan maritim menyediakan pelbagaii kemudahan
seperti bekalan air, tempat menyimpan barang dan pasar atau kawasan jual beli
5.Segala kemudahan yang disediakan adalah untuk memberi keselesaan kepada
pedagang-pedagang sementara menunggu perubahan angin untuk belayar
6.Antara kerajaan maritim yang terkenal di sekitar Selat Melaka dan Laut China Selatan
ialah seperti Kerajaan Cih Tu, Champa dan Kedah Tua
7.Kawasan sekitar Selat Melaka dan Laut Jawa pula muncul kerajaan Srivijaya
8.Pedagangan kerajaan Maritim meliputi kawasan sekitarnya, serantau, perdagangan
antarabangsa dan entrepot
9.Pelabuhan entrepot berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barang
10.Barangan dari kawasan pedalaman dan pulau yang berhampiran ialah seperti
hasil hutan, rempah ratus, ubat-ubatan, damarm gaharu dan cendana
11.Pedagang dari Negara China, India, Arab dan Eropah amat memerlukan barangan ini.
Barangan ini dijual dengan harga yang mahal
12.Aktiviti perdagangan seperti ini membawa kepada perdagangan bercorak antarabangsa
13.Oleh sebab perdagangan adalah aktiviti ekonomi utama kerajaan meritim, masyarakat
maritim sudah tentu mahir dalam tekknologi pembinaan kapal


Kerajaan Champa

1.Kerajaan Champa diasaskan sekitar tahun 192 Masihi oleh Chu Lien
2.Raja Champa ini telah dipengaruhi oleh agama Hindu
3.Pegawai pemungut cukai terdapat dalam struktur pentadbirannya
4.Inderapura merupakan pelabuhan yang terkenal
5.Pengaruh China mula bertapak sekitar kurun ke-13 dan berakhir pada kurun ke-15
6.Pada tahun 4000 masihi, kerajaan Champa diterajui oleh Bhadravarnom, menurut sumber sanskkrit
7.Kerajaan Chanpa ditadbir oleh 14 buah dinasti
8.Pada tahun 655 Masihi, nama Champa mula wujud


Kerajaan Chih TU

1.Kerajaan Chih Tu atau Tanah Merah terletak di hulu Sungai Kelantan menurut catatan
I-Ching
2.Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Gautama pada awal abad ke-6 Masihi
3.Chih Tu mempunyai corak pentadbirannya yang tersusun dan raja pula berkuasa mutlak
4.Raja dibantu oleh tiga orang menteri yang bertanggungjawab dalam pemerintahan
dan pentadbiran.
5.Sistem pemerintahannya menerima pengaruh Hindu seperti corak pemerintahan
Srivijaya

Kerajaan Srivijaya

1.Kerajaan Srivijaya diasaskan sekitar abad ke 7 Masihi
2.Kerajaan ini berpuusat di Palembang, Sumatera yang juga merupakan pelabuhan
pelabuhan Sriivijaya yang penting
3.Kerajaan ini mempunyai sistem pemerintahan yang tersusun. Sistem pemerintahan
rajanya berkuasa mutlak
4.Mengikut catatan Arab, raja dianggap sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau
5.Raja memerintah melalui nasihat daripada menter-menterinya
6.Menteri-menteri pula adalah orang perantaraan di antara raja dengan rakyat
7.Sistem pemerintahan Srivijaya dapat diperoleh melalui catatan pada batu bersurat
yang bertarikh 683 Masihi yang dijumpai di Telaga Batu
8.Mengikut catatan tersebut terdapat tiga bahagian pentadbiran iaitu
a. Pentadbiran diraja
b. Pentadbiran ketenteraan
c. Pentadbiran Daerah
9.Palembang dapat menguasai Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut Jawa walaupun
Palembang bukan pelabuhan yang strategik
10.Kerajaan ini telah menguasai seluruh kegiatan perdagangan maritim di Asia Tenggara
11.Antara hasil bumu Srivijaya ialah damar, cendena, lada hitam, kapur barus dan
kemenyan
12.Kemajuan kerajaan ini adalah disebabkan kemampuannya menyusun pertukaran
barangan Asia Tenggara untuk keperluan perdagangan antara China, India dan Barat


Kerajaan Kedah Tua

1.Menurut catatan I-Ching, Kedah Tua atau Che-Cha wujud pada kurun ke-5 Masihi
2.Kerajaan ini antara kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu
3.Pusat pentadbiran kerajaan ini pada awalnya ialah di Sungai Mas dan kemudian
berpindah ke Lembah Bujang
4.Pada tahap awal kerajaan ini dipengaruhi oleh agama Buddha dan kemudiannya
agama Hindu
5.Bukti pengaruh agama Hindu-Buddha ialah melalui peninggalan candi di Lembah Bujang
6.Kerajaan Kedah Tua menjadi pelabuhan persinggahan pelayar di utara Selat Melaka
7.Kapal-kapal yang belayar dari Arab, perak, India danCeylon di Teluk Benggala akan
singgah di pelabuhan ini sebelum meneruskan palayaran ke tempat-tempat lain.
8.Gunung Jerai menjadi penanda kepada kapal-kapal bahawa mereka sudah tiba
di pelabuhan Lembah Bujang dan Sungai Mas.
9.Bentuk muka bumi Kedah adalah rata, ini membolehkan Kedah menjadi pengeluar
padi utama
10.Status pelebuhan entrepot telah menjadikan Kedah Tua sebagai pusat dagangan hasil
tempetan seperti emas, bijih timah, lada hitam serta hasil hutan seperti damar, rotan,
tanduk dan gading
11.Kegemilangan kerajaan ini terbukti dengan penemuan arkeologi di Lembah Bujang
iaitu dua keping wang Perak yang dipercayai berasal dari zaman al-Mutawakil (tahun
847 -861 Masihi), manik dari India dan kaca dari Timur Tengah


Kerajaan Majapahit

1.Pengasas kerajaan ini ialah Raden Wijaya yang dipengaruhi agama Hindu-Buddha
2.Melaksanakan sistem pentadbiran Undang-undang Manu
3.Pentadbiran raja dibantu oleh Perdana Menteri dan empat orang Menteri
4.Kerajaan Majapahit dikatakan mencapai zaman kegemilangan pada masa
pemerintahan Hayam Wuruk atau Raja Senagara
5.Baginda dibantu oleh Perdana Menteri yang bernama Patih Gajah Mada
6.Keamanan yang dicapai oleh kerajaan ini menyebabkan Majapahit dikunjungi oleh
pedagang-pedagang dari Asia tenggara, China, India dan Timur Tengah
7.Majapahit telah menjadii tempat perdagangan utama pada abad ke - 15 Masihi
8.Kataha (Kedah Tua) dan Temasik merupakan pelabuhan utama

Rabu, 8 Oktober 2008

Kerajaan Funan

1.Kerajaan Funan ialah kerajjaan yang terawal di Asia Tenggara iaitu wujud pada
abad pertama masihi.
2.Kerajaan ini muncul di bahagian selatan Kemboja yang berpusat di Vyadhapura
3.Bandar pelabuhan kerajaan ini ialah Oc-Eo
4.Kepesatan kerajaan ini bergantung kepada bandar pelabuhannya iaitu Oc-Eo.
5.Kerajaan Funan juga telag membina empangan, terusan dan takungan air untuk
kawasan pertaniannya terutama tanaman padi sawah
6.Sungai Mekong dan kawasan persisiran pantai adalah sumber bekalan air utama
7.Raja Kaundinya merupakan raja pertama kerajaan Funan. Beliau menggunakan gelaran
Kurung Bnam yang bermaksud raja-raja gunung
8. Pemerintah yang paling masyhur kerajaan Funan ialah Fah Shih Min
Kerajaan Agraria
1.
Kerajaan Agraria adalah kerajaan yang terletak di pedalaman dan ekonominya bergantung
kepada pertanian.
2.
Kerajaan ini terletak di lembangan sungai dan kawasan pedalaman.
3.
Antara kerajaan ini ialah kerajaan Funan dan kerajaan Angkor. Kedua-dua kerajaan ini
Lembah Mekong
4.
Pada peringkat permulaan, kegiatan utama masyarakat ini ialah
a. Mengutip hasil hutan
b. Berburu
c. Menangkap ikan
5.
Setelah tinggal menetap, mereka mula menjalankan kegiatan pertanian secara tetap dan
menternak binatang
6.
Hasil utama pertanian ialah ubi taro, padi huma dan padi sawah
7.
Penggunaan air amat penting dalam aktiviti pertanian dan penternakan. Oleh yang demikian,
membina empangan dan terusan untuk menjalankan pertanian dan penternakan binatang
8.
Benteng dan terusan ini dapat membekalkan air untuk mengairi kawasan pertanian seperti
sawah padi
9.
Raja atau pemerintahh pula bertanggungjawabb membina terusan dan menguruskan sistem
pengairan yang dibina
10.
Kegigihan masyarakat agraria ini berjaya membina kerajaan yang terkenal seperti
kerajaan Funan dan kerajaan Angkor
11.
Pertanian merupakan sumber ekonomi utama bagi kedua-dua kerajaan ini
12.
Kegigihan rakyat serta kerjasama antara pemerintah dengan rakyat telah berjaya menguasai
teknologi pembinaan terusan dan saliran akhirnya membentuk sebuah kerajaan agraria
yang kuat
13.
Ini terbukti pertanian juga dapat membantu sebuah kerajaan menjadi maju jika diusahakan
dengan gigih
Kerajaan Agraria
Kerajaan yang bergantung kepada pertanian
Hasil utama
Padi Sawah
Padi Hums
Ubi Taro
Kerajaan Angkor
1.Kerajaan Angkor diasaskan pada abad ke-9 Masihi
2.Pusat kerajaan ini terletak di kawasan hilir Sungai Mekong
3.Kawasan selatan tasik Tonle Sap menjadi kawasan pertanian utama kerana
a. Mempunyai tanah yang rata serta lumpur lanar yang subur untuk pertanian
b. Iklim yang panas serta lembab sepanjang tahun
c. Air banjir pada musim hujan dari Sungai Mekong akan mengairi kawasan sekitar tasik
d. Air banjir ini kemudian disalirkan melalui terusan ke kawasan sawah padi yang lain
e. Tasik ini juga membekalkan ikan kepada penduduk
4.Kerajaan Angkor membina baray untuk kemudahan sistem pertanian
a. Baray ialah kolam air yang dibina untuk menampung 30 juga meter padu air
b. Air disalirkan kepada 12.5 juta ekar sawah
5.Raja dalam sistem pemerintahan Angkor pula mempunyai kuasa mutlak dan sianggap
sebagaiDewaraja.
6.Raja akan dibantu oleh kaum kerabatnya ketika menjalankan tugas pentadbiran
7.Antara pemerintah yang termasyhur dan mencapai zaman kegemilangan ialah zaman
pemerintahan Suryavarman II
8.Pada zaman kegemilangan ini, kerajaan Angkor telah menerima agama Hindu-Buddha
sebagai agama utamanya
9.Angkor Wat merupakan bukti penerimaan agama Hindu-Buddha oleh kerajaan Angkor
Zaman Logam
1.
Zaman logam bermula kira-kira 4000 tahun dahulu. Manusia telah mula mencipta alat gangsa
dan besi
2.
Antara ciri-ciri Zaman Logam ialah
a.
Lokasi
I.
Sungai Tembeling, Pahang
ii.
Gua Harimau, Perak
iii.
Chankat Menteri, Perak
b.
Ciri-ciri penempatan dan masyarakat
I.
Nuka hidup secara menetap di satu tempat
ii.
Penempatan berdekatan dengan sungai dan ada segelintir tinggal di gua
iii.
Mempunyai adat resam
c.
Kegiatan utama
I.
Bercucuk tanam
ii.
Menangkap dan menternak binatang
iii.
Berburu
iv.
Berdagang secara bertukar barang
d.
Peralatan
I.
Mencipta alat logam daripada gangsa dan besi
e.
Kepercayaan
I.
Sudah mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup tertentu
ii.
Mengamalkan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu
Zaman Logam4000 tahun dahuluCenter
Lokasi* Sungai Tembeling , Pahang* Gua Harimau ,Perak* Changkat Menteri , Perak
Ciri-ciri penempatan dan masyarakat* Hidup menetap di satu tempat* Penempatan berdekatan dengan sungai* Ada segelintir yang tinggal di gua* Mengamalkan adat resam
Peralatan* Peralatan dibuat daripada gangsa
Kegiatan* Bercucuk tanam* Menangkap dan menternak binatang
Kepercayaan* Kepercayaan dan pegangan hidp tertentu* Menjalankan pengebumian menggunakan kepingan batu