Khamis, 9 Oktober 2008

Kerajaan Maritim

1.Kerajaan maritim terletak di persisiran pantai dan masyarakatnya menjalankan kegiatan
yang berkaitan dengan laut seperti perdagangan.
2.Sungai dan laut dijadikan sebagai sistem perhubungan utama
3.Keadaan ini menyebabkan munculnya pelabuhan-pelabuhan yang berfungsi dalam
kegiatan perdagangan
4.Pelabuhan-pelabuhan kerajaan maritim menyediakan pelbagaii kemudahan
seperti bekalan air, tempat menyimpan barang dan pasar atau kawasan jual beli
5.Segala kemudahan yang disediakan adalah untuk memberi keselesaan kepada
pedagang-pedagang sementara menunggu perubahan angin untuk belayar
6.Antara kerajaan maritim yang terkenal di sekitar Selat Melaka dan Laut China Selatan
ialah seperti Kerajaan Cih Tu, Champa dan Kedah Tua
7.Kawasan sekitar Selat Melaka dan Laut Jawa pula muncul kerajaan Srivijaya
8.Pedagangan kerajaan Maritim meliputi kawasan sekitarnya, serantau, perdagangan
antarabangsa dan entrepot
9.Pelabuhan entrepot berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barang
10.Barangan dari kawasan pedalaman dan pulau yang berhampiran ialah seperti
hasil hutan, rempah ratus, ubat-ubatan, damarm gaharu dan cendana
11.Pedagang dari Negara China, India, Arab dan Eropah amat memerlukan barangan ini.
Barangan ini dijual dengan harga yang mahal
12.Aktiviti perdagangan seperti ini membawa kepada perdagangan bercorak antarabangsa
13.Oleh sebab perdagangan adalah aktiviti ekonomi utama kerajaan meritim, masyarakat
maritim sudah tentu mahir dalam tekknologi pembinaan kapal


Kerajaan Champa

1.Kerajaan Champa diasaskan sekitar tahun 192 Masihi oleh Chu Lien
2.Raja Champa ini telah dipengaruhi oleh agama Hindu
3.Pegawai pemungut cukai terdapat dalam struktur pentadbirannya
4.Inderapura merupakan pelabuhan yang terkenal
5.Pengaruh China mula bertapak sekitar kurun ke-13 dan berakhir pada kurun ke-15
6.Pada tahun 4000 masihi, kerajaan Champa diterajui oleh Bhadravarnom, menurut sumber sanskkrit
7.Kerajaan Chanpa ditadbir oleh 14 buah dinasti
8.Pada tahun 655 Masihi, nama Champa mula wujud


Kerajaan Chih TU

1.Kerajaan Chih Tu atau Tanah Merah terletak di hulu Sungai Kelantan menurut catatan
I-Ching
2.Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Gautama pada awal abad ke-6 Masihi
3.Chih Tu mempunyai corak pentadbirannya yang tersusun dan raja pula berkuasa mutlak
4.Raja dibantu oleh tiga orang menteri yang bertanggungjawab dalam pemerintahan
dan pentadbiran.
5.Sistem pemerintahannya menerima pengaruh Hindu seperti corak pemerintahan
Srivijaya

Kerajaan Srivijaya

1.Kerajaan Srivijaya diasaskan sekitar abad ke 7 Masihi
2.Kerajaan ini berpuusat di Palembang, Sumatera yang juga merupakan pelabuhan
pelabuhan Sriivijaya yang penting
3.Kerajaan ini mempunyai sistem pemerintahan yang tersusun. Sistem pemerintahan
rajanya berkuasa mutlak
4.Mengikut catatan Arab, raja dianggap sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau
5.Raja memerintah melalui nasihat daripada menter-menterinya
6.Menteri-menteri pula adalah orang perantaraan di antara raja dengan rakyat
7.Sistem pemerintahan Srivijaya dapat diperoleh melalui catatan pada batu bersurat
yang bertarikh 683 Masihi yang dijumpai di Telaga Batu
8.Mengikut catatan tersebut terdapat tiga bahagian pentadbiran iaitu
a. Pentadbiran diraja
b. Pentadbiran ketenteraan
c. Pentadbiran Daerah
9.Palembang dapat menguasai Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut Jawa walaupun
Palembang bukan pelabuhan yang strategik
10.Kerajaan ini telah menguasai seluruh kegiatan perdagangan maritim di Asia Tenggara
11.Antara hasil bumu Srivijaya ialah damar, cendena, lada hitam, kapur barus dan
kemenyan
12.Kemajuan kerajaan ini adalah disebabkan kemampuannya menyusun pertukaran
barangan Asia Tenggara untuk keperluan perdagangan antara China, India dan Barat


Kerajaan Kedah Tua

1.Menurut catatan I-Ching, Kedah Tua atau Che-Cha wujud pada kurun ke-5 Masihi
2.Kerajaan ini antara kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu
3.Pusat pentadbiran kerajaan ini pada awalnya ialah di Sungai Mas dan kemudian
berpindah ke Lembah Bujang
4.Pada tahap awal kerajaan ini dipengaruhi oleh agama Buddha dan kemudiannya
agama Hindu
5.Bukti pengaruh agama Hindu-Buddha ialah melalui peninggalan candi di Lembah Bujang
6.Kerajaan Kedah Tua menjadi pelabuhan persinggahan pelayar di utara Selat Melaka
7.Kapal-kapal yang belayar dari Arab, perak, India danCeylon di Teluk Benggala akan
singgah di pelabuhan ini sebelum meneruskan palayaran ke tempat-tempat lain.
8.Gunung Jerai menjadi penanda kepada kapal-kapal bahawa mereka sudah tiba
di pelabuhan Lembah Bujang dan Sungai Mas.
9.Bentuk muka bumi Kedah adalah rata, ini membolehkan Kedah menjadi pengeluar
padi utama
10.Status pelebuhan entrepot telah menjadikan Kedah Tua sebagai pusat dagangan hasil
tempetan seperti emas, bijih timah, lada hitam serta hasil hutan seperti damar, rotan,
tanduk dan gading
11.Kegemilangan kerajaan ini terbukti dengan penemuan arkeologi di Lembah Bujang
iaitu dua keping wang Perak yang dipercayai berasal dari zaman al-Mutawakil (tahun
847 -861 Masihi), manik dari India dan kaca dari Timur Tengah


Kerajaan Majapahit

1.Pengasas kerajaan ini ialah Raden Wijaya yang dipengaruhi agama Hindu-Buddha
2.Melaksanakan sistem pentadbiran Undang-undang Manu
3.Pentadbiran raja dibantu oleh Perdana Menteri dan empat orang Menteri
4.Kerajaan Majapahit dikatakan mencapai zaman kegemilangan pada masa
pemerintahan Hayam Wuruk atau Raja Senagara
5.Baginda dibantu oleh Perdana Menteri yang bernama Patih Gajah Mada
6.Keamanan yang dicapai oleh kerajaan ini menyebabkan Majapahit dikunjungi oleh
pedagang-pedagang dari Asia tenggara, China, India dan Timur Tengah
7.Majapahit telah menjadii tempat perdagangan utama pada abad ke - 15 Masihi
8.Kataha (Kedah Tua) dan Temasik merupakan pelabuhan utama